Sesi Bedah Ads 1 Jam — Muazh
Muazh · Marketing Consultant

Ads korang sebenarnya ok ke tak? Dalam sejam, korang akan tahu.

Aku bedah akaun korang secara live, depan mata korang. Bukan hantar PDF yang korang baca sorang-sorang lepas tu tetap tak faham.

1 jamOnlineRM250One-off
WhatsApp untuk book slot

Lebih 37 marketer dah jelas action plan diorang lepas sesi 1-to-1 ni.

Masalahnya

Korang buka dashboard. Macam hari-hari lain.

ROAS 2.4.

CPL RM7.80.

Bagus ke tak?

Entah.

CPM naik dari RM18 ke RM31 dalam dua minggu. Patut risau ke belum? Entah.

CTR 1.2%. Ada orang cakap okay. Tapi okay berbanding apa?

Korang bukan tak ada data. Ads Manager tu penuh sampai tak tahu nak tengok yang mana dulu.

Korang cuma tak ada benchmark dan KPI.

Dan otak manusia memang tak reti nilai nombor tanpa perbandingan.

Aku dah banyak kali bedah akaun orang lepas diorang try macam-macam yang orang lain suruh buat.

“Tukar creative. Naikkan budget. Reset campaign.”

Buat je tanpa asas.

Kalau jadi, jadi. Kalau tak jadi, jem kepala.

Tak tahu cara betul untuk optimize.

Apa jadi dalam sejam tu

Kita analyze performance ads yang dah jalan.

Tengok numbers. Dan tengok sama ada fundamental ads tu dah cukup solid atau tak.

Bukan tengok ROAS keseluruhan saja lepas tu buat kesimpulan.

Kalau perlu, kita turun sampai level ad set dan creative, dan asingkan mana yang betul-betul menyumbang, mana yang cuma nampak cantik atas dashboard.

Korang akan tahu benchmark dan KPI yang betul untuk ads korang.

Bukan KPI based on angka dalam screenshot orang lain.

Benchmark yang padan dengan niche korang, margin korang, objektif campaign korang.

Lepas ni bila tengok satu nombor, korang terus tahu dia sihat atau tak.

Dan korang akan keluar daripada sesi ni dengan action plan.

Apa yang kena tukar. Apa yang kena stop. Apa yang kena biar dulu.

Disusun ikut urutan, sebab bukan semua boleh buat serentak.

Korang boleh terus execute.

Jangan salah faham

Ini bukan report PDF.

Aku tak hantar dokumen 40 muka surat yang korang scroll sekali lepas tu simpan dalam folder. Kita bedah sama-sama. Korang boleh potong dan bertanya bila-bila masa.

Bukan aku handle akaun jugak. Korang yang execute. Aku tunjuk apa yang perlu ditengok, dan kenapa.

Dan sejam tu memang untuk akaun korang. Aku tak akan habiskan 15 minit terakhir untuk pitch benda lain. Kalau korang tanya pasal coaching bulanan, aku jawab. Kalau tak tanya, aku tak sebut.

Apa step dia
01

WhatsApp untuk book slot.

Cerita secara ringkas korang jual apa, dan dah run ads berapa lama.

02

Aku analyze akaun korang sebelum meeting kita.

Aku akan minta akses kepada ad account korang. Benda ni penting. Kalau aku baru mula analyze semasa sesi tu berlangsung, setengah jam habis untuk navigate je. Bila aku dah tengok awal, sejam tu penuh dengan jawapan.

03

Sesi sejam, online.

Kita bedah sama-sama. Korang tanya, aku jawab, dan kita catat apa yang kena buat.

04

Korang bawa balik action plan.

Sesi ni ada recording. Dan ada nota summary meeting.

Untuk siapa

Ini untuk korang, kalau dah run ads dan ada data untuk dibedah. Kalau baru start minggu lepas, tunggu dulu — belum ada apa nak tengok lagi.

Kalau korang yang buat keputusan ads, atau ada team tapi korang nak faham sendiri apa yang jadi.

Bukan untuk korang kalau belum pernah run ads langsung. Juga bukan untuk korang kalau korang nak aku manage akaun sepenuhnya.

Dan kalau korang datang cari jaminan result — sesi ni bagi clarity, bukan janji ROAS.

Sesiapa yang janji ROAS, dia tengah jual harapan.

Aku nasihatkan gameplan based on knowledge & experience yang aku ada.

Siapa aku

Aku Muazh. Marketing consultant, dah masuk tahun keenam.

5,713
ads creative. Ini bukan jumlah ads orang lain yang aku analyze. Ini jumlah ads yang aku craft sendiri, launch sendiri, off sendiri, dan scale sendiri.
57+
jenama sejak 2020. Macam-macam niche. Ada yang buat lima angka sebulan, ada yang lapan angka.
200+
copies ebook Optimize Ads Like A Pro terjual. Alhamdulillah.
1st Class
Ijazah Kelas Pertama dalam Advertising.

Dan sepanjang jalan tu aku dah tolong ribuan usahawan dan marketer dengan urusan digital marketing diorang.

PTPTN · SB Parfum by Sugarbomb · Ustaz Wadi Anuar · Bulan Bintang Musim Kita · Daft.my · IMAN Shoppe · iamfamous.my · The Rug Cartel · My Badal Haji
Dan banyak lagi.

Aku bukan setakat handle ads orang lain.

Aku run bisnes sendiri yang buat sales 6-angka sebulan. Duit aku sendiri yang keluar untuk ads tu. Bila Cost Per Result naik, aku sendiri rasa.

Aku faham pengalaman manis, pahit, dan getir seorang marketer.

Aku bagitahu angka-angka ni bukan untuk impress sesiapa. Cuma nak sampaikan satu benda.

Apa yang korang tengah lalui sekarang, aku dah pernah nampak dia berlaku sebelum ni. Selalunya pada diri aku sendiri dulu.

Lepas sesi ni

Sejam ni one-off. Habis sejam, habis cerita. Korang bawa balik action plan dan jalan sendiri.

Ada coaching bulanan untuk orang yang nak aku temankan lebih lama.

Tapi aku tak cerita pasal dia kat page ni. Kalau korang nak tahu, tanya sendiri lepas sesi.

Sebab aku tak nak sesiapa commit apa-apa atas dasar ayat yang aku tulis kat page ni. Aku nak korang duduk sejam dengan aku dulu. Tengok cara aku kerja. Lepas tu nilai sendiri — apa yang aku ajar ni real, atau setakat bullshit.

Kalau lepas sejam korang rasa tak berbaloi, korang takkan tanya pun.

Dan takpe, itu tiada masalah.

Soalan
Berapa harga?

RM250 untuk sejam. One-off. Tak ada pakej besar yang korang kena commit awal-awal.

Lepas sesi, kena sambung dengan apa-apa lagi tak?

Tak. Korang keluar dengan action plan dan boleh terus jalankan sendiri.

Ada coaching bulanan tak?

Ada. Tapi aku tak cerita pasal dia kat sini. Tanya aku lepas sesi kalau korang nak tahu.

Aku ada lebih satu akaun ads. Boleh audit semua?

Tak boleh. Bagi akses akaun yang paling besar spending.

Boleh rakam sesi ni tak?

Ya, aku rakamkan siap-siap untuk korang akses nanti.

Platform lain selain Meta?

Sesi ni khusus Meta Ads saja.

Ads aku di-run oleh agency. Boleh audit tak?

Boleh.

Boleh ajak orang lain join sesi ni?

Boleh. Tambah bayaran RM70 satu kepala.

Ads spend tu berjalan setiap hari. Tak kira korang reti baca performance dia atau tak.

Korang cuma perlu invest sejam je untuk lebih faham — kunci dia kat sini 👇

WhatsApp untuk book slot

Aku balas sendiri ws tu.

© 2026 Muazh · Marketing Consultant
RM250 · sejamOne-off, online
Book slot